Skip to main content

Sharing is Caring : Menjadi Surirumah dan Wanita Bekerjaya

Berakhirnya 'percutian' selama 7 hari 6 malam sebagai surirumah sepenuh masa.

Sempena hari raya korban tempoh hari sengaja saya mengambil cuti 2 hari iaitu Rabu dan Khamis lalu menjadikan cuti saya genap 7 hari. Saya akui pada hari-hari permulaan cuti, saya masih tidak dapat menghilangkan stress dan kepenatan melalui rutin seharian, coding errors yang bersarang di dalam kepala juga baru-baru ini dikejutkan dengan kemelut perjawatan yang tidak pasti bilakah akan berakhir. Kemarahan yang tidak dapat dibendung itu tanpa disedari saya telah melepaskan kepada anak-anak seperti ibu tiri lagaknya. Tidak kira salah besar atau kecil,lantas mereka dimarahi terus-menerus. Bila diingatkan semula, saya rasa menyesal. Tambahan ketika melihat mereka sedang tidur,terasa berdosanya saya kerana anak-anak menjadi mangsa nafsu amarah saya. Keluarga mahupun kawan-kawan terdekat sudah sedia maklum betapa buruknya saya apabila marah. Ya,saya boleh bertukar menjadi 'hijau' atau kadang-kadang terlalu ekstrim apabila marah. Saya memang sedang ingin mencuba untuk mengawal emosi kemarahan saya dan berharap tidak terlambat untuk berubah.

Apabila masuk hari ke 4 cuti tersebut,ketika suami saya keluar bekerja lalu hanya tinggal saya dan anak-anak di rumah tiba-tiba timbul bibit-bibit kebahagiaan kerana dapat menjalankan tugas sebagai seorang surirumah seperti menyapu atau vakum lantai, mengemop, memasak hidangan makan tengahari 2,3 jenis, bermain dengan anak-anak dan menyusun tupperware ke dalam kabinet. Tugas-tugas tersebut amat sukar untuk dilakukan saya ketika hari bekerja kerana apabila pulang ke rumah saya sudah terlalu penat kerana rutin harian bermula seawal 5.15 pagi. Bangun seawal pagi memasak dan menyediakan bekalan untuk di bawa anak-anak ke taska dan tadika. Bekalan makanan utk 3 kali makan sehari beserta buah-buahan supaya anak-anak tidak kelaparan kerana mereka hanya mahu makan bekal yang di buat mama atau ayah sahaja. Ini mungkin disebabkan sejak bayi lagi iaitu sedari mereka 6 bulan ke atas saya mula membekalkan makanan anak-anak mengikut peringkat umur. Ini adalah hasil pengaruh dari kumpulan "Solid Food For Your Baby" yang menjadikan saya ingin memasak makanan sendiri untuk anak-anak. Anak saya yang sulung seorang 'picky eater', tidak pernah menyentuh nasi di tadika. Di rumah juga sukar untuk makan nasi kecuali kalau dia rasa teringin baharulah dijamahnya sedikit. Tapi di tadika tidak langsung menyentuh nasi. Sebab itu setiap hari puas saya dan suami memikirkan mahu memasak dan dibekalkan apa kepada si kakak. Dia sangat menggemari hidangan berasaskan roti. Tidak kisahlah roti canai,roti arab,capati,pizza,roti benggali ataupu roti gardenia semuanya dia ok tetapi bukan nasi. Tatkala si suami off day,rajinlah juga dia menjala roti atau membuat pancake untuk si anak tercinta. Si adik pula nasib baik suka makan nasi, sup, lauk pauk yang di masak mama. Cuma dia pula langsung tidak menggemari roti. Setiap pagi, itu lah kisahnya memasak berbagai jenis hidangan dek kerana memiliki dua anak yangg mempunyai dua selera yang berbeza. Demi tidak mahu anak-anak kelaparan,ku gigihkan jua masak dan memberi bekal kepada mereka sedari bayi lagi. Alhamdulillah si kakak sudah 4 tahun membawa bekal manakala si adik baru sahaja 1 tahun 7 bulan. Bagi saya, biarlah saya gigih untuk mencuba cukupkan 2 tahun penyusuan susu ibu sepenuhnya dan memasak bekalan makanan anak-anak setiap hari kerana saya juga sayang anak-anak saya seperti ibu-ibu yang tidak bekerja atau yang bekerja sendiri di mana mereka berpeluang menjaga sendiri anak-anak mereka. Niat saya biarlah anak-anak dapat merasa kasih sayang saya melalui susu yang mengalir yang dipam setiap hari menggunaakn kudrat ini juga makan hasil dari air tangan mama atau ayah mereka memandangkan mereka ditinggalkan agak lama dengan pengasuh, lebih kurang 10 jam sehari. Allahu, sebab tu saya rasa bahagia sepanjang 'percutian' tempoh hari kerana dapat melihat anak-anak bermain, bergurau dan melihat mereka makan depa mata 24 jam sehari.

Ketika hari bekerja,usai memasak maka beralih pula tugas untuk memandikan dan menyiapkan anak-anak. Jika suami off day alhamdulillah beliau banyak membantu dari segi masakan mahupun menyiapkan anak-anak. Tidaklah saya dalam keadaan kelam kelibut setiap pagi jika adanya suami. Jika hari-hari beliau bekerja, memang agak kelam kabut lah setiap hari kerana hanya berjumpa beberapa jam sahaja kerana beliau bekerja mengikut shif. Setelah selesai semuanya,masa yang sedang-sedang elok untuk keluar rumah dan hantar anak-anak ke taska/tadika adalah sepatutnya 7.20 pagi. Malangnya saya selalu terlebih dari masa itu menjadikan saya kerap kali lewat beberapa minit ke pejabat. Di tambah pula dengan masalah parking di tempat kerja,awal-awal lagi sudah memberi tekanan. Itu belum masuk jika sistem yang dijaga dan diselenggara menghadapi masalah. Kadang-kadang sakit hati,pening kepala, migrain berurusan dengan permintaan yang entah apa-apa dari users. Apabila petang, saya mengambil anak di taska/tadika jam selalunya menghampiri pukul 6 petang. Sampai di rumah belum sempat membuka tudung sudah di minta itu, ini. Tidak sempat berehat terus pula ke dapur mengasingkan baju-baju kotor di taska/tadika tadi. Membasuh kesemua bekalan makanan mereka juga membasuh botol-botol susu serta peralatan pam. Membasuh pakaian dijadikan rutin dua hari sekali. Jika rajin, setiap malam saya basuh dan sidai. Ya, semua ini memang memberi tekanan kepada saya yang bekerja, juga sebagai seorang ibu dan isteri. Tapi sekuat mana tekanan yang dihadapai saya kena hadapi kerana saya yang memilih cara ini. Sekiranya suami off day kadang-kadang beliau membantu membuat kerja-kerja rumah persis house-husband, membasuh bekal makan anak-anak dan peralatan pam saya di mana saya rasa perbuatan tersebut tersangatlah manis tanpa perlu menghadiahkan saya gelang Pandora pun sekiranya beliau berbuat demikian. Terima kasih sayang. Saya telah menyuarakan kepada suami alangkah bahagianya saya beberapa hari ini kerana tidak perlu fikir masalah kerja, kemelut perjawatan, errors, bugs, composer, yii2, php, database, nak pakai baju apa ke pejabat setiap hari(saya biasanya pada hari Sabtu siap iron atau sengaja cari baju yang tak perlu iron 5 pasang untuk 5 hari bekerja). Suami saya berseloroh mengatakan apabila gaji beliau mencapai 10k boleh lah saya berhenti kerja. Saya hanya ketawa lalu berkata 10k tu lagi 10 atau 20 tahun akan datang, di mana mungkin pada zaman itu nasi lemak daun pisang tepi jalan RM1 sebungkus menjadi RM10 sebungkus. Jadi tidak boleh jugalah saya berhenti kerja jika harga nasi lemak begitu ðŸ˜‚

Kenapa pula saya kena bekerja? Suami saya tidak kisah sebenarnya jika saya mahu berhenti, cuma jika betul saya berhenti, maka segala bajet mestilah diubah, dikaji semula memandangkan saya seorang kaki shopping😉
Yang sebetulnya saya tidak mahu berhenti kerja kerana saya tidak tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Sekiranya berlaku apa-apa kepada tempat kerja suami seperti di tutup atau sebagainya(suami bekerja kilang di Kulim Hitech) pada siapa kami mahu bergantung. Sekurang-kurangnya saya yang bekerja di sektor awam ini dapat menampung jika terjadi apa-apa. Lagi satu, sekiranya si suami buat perangai yakni nak kahwin dua ke jodoh tak panjang ke(maaf ye abang ni sekadar peringatan) at least saya ada duit gaji untuk menampung perbelanjaan sendiri tanpa perlu menangis meratap pilu di tepi bucu katil. Saya membayangkan sekiranya terjadi situasi buruk dan saya tiada pekerjaan, saya menjadi susah miskin tegar lalu muncul dalam rancangan Bersamamu TV3 meraih simpati dan memohon pertolongan orang ramai kerana saya tidak ada bakat memasak luar biasa yang membolehkan saya membuat jualan, mahupun tidak ada bakat menjahit yang membolehkan saya mengambil upah menjahit baju pelanggan. Saya tidak ada kemahiran seperti kawan-kawan surirumah saya yang super hebat dalam FB saya ni. Mereka walaupun bergelar surirumah masing-masing ada kehebatan memasak, menjahit, berniaga lalu menjadikan mereka surirumah berduit. Saya pula, hanya boleh bekerja makan gaji sahaja. Jadi sebab itu saya kena bekerja. Cuma saya perlu belajar menangani tekanan di tempat kerja, mengurus masa dengan lebih berkesan dan belajar untuk tarik nafas panjang-panjang. Jadi sempena hari raya korban tempoh hari, saya cuba untuk 'berkorban' membuang keletihan, belajar dan terus belajar menangani stress dan tekanan. Doakan saya ya~

Wah, panjang pula karangan saya hari ni. Terima kasih kawan-kawan kerana sudi membaca. Saya sebenarnya sedang mengasah kembali penulisan saya  untuk menulis dengan penuh berhemah bagi sesuatu komuniti dan sekarang saya sedang berlatih ya. Berbekalkan keputusan SPM- Bahasa Melayu keputusan A1 saya cuba mengasah kembali kemahiran menulis yang tidak seberapa ni. Sekali lagi terima kasih kawan-kawan.

Gambar di bawah merupakan beg-beg keluar berjihad setiap hari bekerja.
Dari kiri, botol air 2 Liter, cooler bag utk simpan susu yang diperah semasa di pejabat, cooler bag untuk di bawa ke taska, beg pam merangkap handbag, beg toto bantal anak, beg pakaian si adik(beg bekal adik dalam beg dia), beg pakaian si kakak dan akhir sekali beg bento si kakak.




Sekian,
Oleh--Isteri yang manja, mama yang garang(cengey), sang programmer yang tidak bisa memahami coding panjang-panjang.
19 September 2016 Isnin yang indah

Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Pegawai Teknologi Maklumat F41

Assalammualaikum and salam sejahtera uols.. Haish... lama benauu la tak update kan.. Bz..bz dengan kerja hakiki...bisnes part-time ni plak sejak pindah Kedah akak tak fokus sangat.. Dulu masa pjj ngan hubby and baru anak sorg ada la jugak masa nak berbisnes bagai.. Sekarang ni memang tak berapa nak pulun pasai bila balik rumah je sibuk nak uruskan rumahtangga and bebudak dua org tu.. Hokeh,,takmau cakap banyak cuma akak nak habaq kalo bebudak iT yang dah lama grad especially tahun 2010,2011 and so on  mesti tertunggu2 panggilan temuduga F41 khen khen khen.. Yelah mcm akak ni grad tahun 2011, interview F41 yang pertama kalinya dipanggil 2 tahun selepas itu iaitu 2013!..Lama giler nak tunggu sesuatu panggilan interview sekarang ni jika nak dibandingkan masa akak lepas sijil & diploma (tahun 2006-2009) bertalu2 surat panggilan interview sampai ke peti surat rumah.. Jadi sesiapa yang sekarang ni berjaya dipanggil temuduga as Pegawai Teknologi Maklumat (F41) sepatutnya kita semua b

Sharing is Caring || Breast Pump Review - Autumnz Marvel Single Electric Breast Pump

Salam.. selamat pagi.......... Hari ni I nak share something dgn pelanggan2 Blossom Lisha Shop mahupun yang bukan pelanggan.. yang search2 Google lalu terjumpa blog ni..ahaks.. Actually, I dah beli lama dah..kalo tak silap Ogos 2012.. Start pakai pam ni  lepas bersalin baby bulan Oktober 2012.. kiranya dah hampir 11 bulan la guna pam ni. So, I nak share experience I dengan sayang2 semua.. Masa nak beli pam, I try nak cari yang ringan, mudah nak handle, takmau bunyi kuat2, within budget dan yg tak bergantung electric supply all the time.. So, pada masa I tengah mencari2 tu, kalo bleh I nak Medela Swing..heeee... Kebetulan, Autumz baru je keluarkan produk baru beliau iaitu Autumnz Marvel Single Electric Breast Pump. Autumz pun keluarkan untuk double pump jugak iaitu Ultimate Convertible Double Electric/Manual Breast Pump. Masa beli tu I tak terpikir nak cari yang double pump coz I nak yang ringan and comel2 je. So bila hubby I tengok yang  Autumnz Marvel Single Electric Breast Pump pun

Sharing is Caring || Breast Pump Review - Medela Freestyle

Assalammualaikum gaisss!!!!! Lamanya akak tak sharing2 cerita kat sini.. Yelah sejak ber'anak' dua ni segala jenis objek aktiviti terbatas sangat2..Sapa-sapa yang pernah baca entry kat bawah ni mesti ingat akak pernah 'berhutang' (19 Mei 2014) nak review or story mory pasai double breast pump kan..hewhewhew.. ---> dah lebih setahun baru nak cerita, basi dah la dollllll heheh.. tp takpa akak nak ceritaaaaa jugakkkk~~ http://blossomlishashop.blogspot.my/2013/09/sharing-is-caring-breast-pump-review.html akak mintak maaf sangat2 la pasai takdan nak taip cerita bagai naa pasai dalam dok kalut dengan kerja, berjauhan dengan sang suami, bisnes kecik2 ni and struggle pam susu utk anak yg sulung tu tetiba dalam tak sedar 'termengandung' pulakkk =p... Lepaih dah termengandung tu...(anak sulung masa tu 1 tahun 6 bulan),  rezeki yang akak dok tunggu2 selama 3 tahun iaitu nak pindah dari Putrajaya ke Sungai Petani Kedah termakbul.. Alhamdulillah rezeki anak org kata