Assalammualaikum and salam sejahtera uols.. Haish... lama benauu la tak update kan.. Bz..bz dengan kerja hakiki...bisnes part-time ni plak sejak pindah Kedah akak tak fokus sangat.. Dulu masa pjj ngan hubby and baru anak sorg ada la jugak masa nak berbisnes bagai.. Sekarang ni memang tak berapa nak pulun pasai bila balik rumah je sibuk nak uruskan rumahtangga and bebudak dua org tu..
Hokeh,,takmau cakap banyak cuma akak nak habaq kalo bebudak iT yang dah lama grad especially tahun 2010,2011 and so on mesti tertunggu2 panggilan temuduga F41 khen khen khen.. Yelah mcm akak ni grad tahun 2011, interview F41 yang pertama kalinya dipanggil 2 tahun selepas itu iaitu 2013!..Lama giler nak tunggu sesuatu panggilan interview sekarang ni jika nak dibandingkan masa akak lepas sijil & diploma (tahun 2006-2009) bertalu2 surat panggilan interview sampai ke peti surat rumah.. Jadi sesiapa yang sekarang ni berjaya dipanggil temuduga as Pegawai Teknologi Maklumat (F41) sepatutnya kita semua bersyukurrrr sangat2.. (sila baca dalam nada bersyukur bukan berlagak naa)..La ni bukan senang nak dapat peluang kena panggil adik2ku sekalian, bukan senang tambah2 sekarang ni kena melepasi exam dulu baru dipanggil temuduga.. nampak dak sekarang ni gomen lebih strict nak ambik staff..so sesiapa yang dapat peluang pergi temuduga tu pleaseeee la gunakan peluang ini sebaiknya hokeh.. Mcm akak pon salah seorang yang dipanggil temuduga tahun 2016 setelah kegagalan temuduga pertama F41 pada tahun 2013.. Hang nampak dak last interview 2013, skang yang dipanggil tahun 2016? tak ke 3 tahun berjanggut berjambang rappers jambang menunggu lama ni dik... Akak bernasib baik tak payah sit exam dah pasai dah keja gomen..huhu
Ok mari kita lihat statistik pengambilan bagi tahun 2016
Haa nampak dak akak tepek besaq2 ni nak habaq mai betapa berapa ramai yang mohon PTM.. tengok tu yang berjaya dipanggil temuduga berapa je nak banding dengan permohonan..Ni bukan nak show off ke apa ke.. ni sebagai motivasi, peringatan kepada para graduan IT bahawasanya nak tunggu sesuatu panggilan interview itu bukanlah senang.. huhu.. Sebab tu la akak cakap sapa2 yang dapat dipanggil temuduga dikira bertuah dan harus bersyukurrrrr..huhuhu..(tolong baca dalam nada seperti seorang mak menegur anaknya..bukan dalam nada berlagak naaa)
So akak nak cerita la pengalaman interview pada 09 Jun 2016 - Rabu di PUSAT TEMU DUGA SPA ALOR SETAR, KEDAH . Masa 9.00 pagi.. Sampai2 je sila susun semua dokumen anda dan disemak oleh staff yang bertugas hari tu, lepas tu akan diberi number giliran ala2 mcm dekat bank tu.. pakai sistem nombor ye..
------------------------------------------------------------------------------------------
Ini adalah 'tapak' isi kandungan emel interview yang telah dipadam bagi mengelakkan 'sakitnya tuh di sini' bagi seorang pengomen di bawah.. huhuh.. Semoga Allah memberkati anda wahai pengomen yang tak berani letak nama sendiri tu..
-----------------------------------------------------------------------
Dalam emel depa tak habaq nama panel, depa cuma letak Lembaga Temuduga : 02 je.. Masa akak interview tahun 2013 dulu depa ada letak nama.. tak silap akak masa tu akak kena dengan Datuk Nazmi ke Najmi tah lupaa..
Ok this time panel penemuduga akak adalah YBhg. Datuk Ir. Anjin Bin Haji Ajik(bagi soalan umum) dan seorang pegawai IT(utk soalan berkaitan IT la yang ni). Macam mana akak tau nama panel sebelum pi interview ni? Akak cari dalam website SPA. Lepas tu akak google2 la sket pasal Datuk ni..stalker la kononnya..rasanya beliau bekas Pengarah JKR Sabah.. Memang cakap Sabah la masa interview haritu.. Datuk ni very soft spoken, senyum je.. and paling best beliau tak tanya langsung isu semasa..
First nak masuk bilik ketuk pintu dulu bagi salam kepada panel2. Lepas tu beri fail sijil2 serta resume dan salinan2 sijil tu kepada panel. Bila disuruh duduk baru duduk noo... jangan nak memandai buat mcm umah sendiri.. Lepastu sila duduk mcm pengantin, yang pompuan sila letak handbag atas meja kecik sebelah kerusi duduk tu naa..Lepas tu senyum simpul2 kasih gitew.. hehe
Soalan2 dari Datuk tadi
1) Sila kenalkan diri anda..
2) Ceritakan pengalaman kerja anda sepanjang bekerja di dotdotdot dan dotdotdot~
3) Di beri situasi sekiranya anda seorang PTM dan mempunyai anak buah yang mempunyai masalah disiplin, bagaimana mau handle? (lorat/loghat/dialek Sabah Datuk tu)
4)Jika dihantar ke Sabah mau nda? hehehehhehehhe
Soalan2 dari Puan PTM pulak..
1)Anda ada sijil CCNA jadi nak troubleshoot network memang tau la ye?
2)Jika ditempatkan di kawasan terpencil di mana semua benda berkaitan iT kena ambil tahu, mcm mana anda sebagai PTM nak handle..
ha ha ha... soalan takda isu2 semasa GST ke NBOS ke apa tapi soalan banyak kena psiko beb..adess..
Doa2kan lah ye akak berjaya, boleh jugak lah nak up kan bayaran bulan2 ke PTPTN tu heheh..
Lagi satu akak nak pesan pada fresh graduate or yang bekerja swasta yang nak datang interview gomen..Dalam emel pun dah pesan "Anda dikehendaki berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga".
.. bukan apa, imej dan personaliti tu amat penting sekali semasa temuduga.. Semalam ada sorg gegurl, kesiannya akak kat dia datang pakai seluar(nak mcm jeans halus) lepas tu pakai wedges kaler purple nampak jari2 kaki.. huhuuu,,, akak ni pon bukanlah perfect sangat sampai nak tegur org pasai penampilan..tapi ni kan interview gomen....takkan tak buat research dulu kot...kot ye pon penah pegi interview swasta yang bleh pakai sempoi2 je tapi ni kan interview kerajaan...pakaian mestilah kena sopan..takperlu fancy2 sangat pon takpa..kalo nak simple cukup sekadar baju kurung, tdung bawal, stoking, kasut hitam ada tumit sket.. akak tak pakai blazer pon.. kalo nak pakai blazer bleh je pakai blouse dan skirt labuh baru ngam. Gegurl yang pakai seluar tu rupa2nya awai2 lagi kena suruh balik umah tukaq baju dengan pakcik yang dok tolong susun2 sijil kita dekat kaunter daftar tu sebelum masuk interview.. tapi bertuahlah nak balik kan dah umah jauh plak dr pusat temuduga tu..huhu..takpa la..kalo ada rezeki tak kemana, even pakai singlet pon kalo dah rezeki and unggul di mata panel innsyaAllah bleh dapat.. kalo tak sila jadikan pengajaran etika pemakaian ketika ingin menghadiri temuduga kerajaan haruslah formal..huhu.. yang budak2 laki plak kalo nak nampak smart and nak nampak ada tanjak pegawai silalah pakai tali leher dan blazer noo.. pastu baju jangan lupa tuck-in kemas2.. ini ada sorg budak tu baju tuck-in depan je,yang belakang dah nak terjojol keluar.. pasal baju pon kita boleh kena potong markah dah dik....huhuhu... Akak doakan sesiapa yang dapat panggilan interview ni dan berjaya menghadiri interview ni berjaya~ Good luck uols~ kalo nak tanya pape bleh komen komeng kat bawah nooo.. kalo ada masa akak reply kalo dak makan tahun la baru nak reply..hehehe~ k bai~
**update 27/06/2016
Disebabkan ada pengomen yang mengatakan akak ni 'show off' sebab copy paste kandungan emel panggilan interview tu kat blog akak ni..jadi sudilah kiranya akak buang la isi kandungan tu noo..bukan apa satgi orang tu sakit ati lagi susah..tak pasal2 pahala dia transfer free2 je kat akak di bulan yang penuh barokah ni..bulan2 posa ni ada jugak spesies dengki mcm ni.. Demi Allah akak takda niat pun nak riak ke show off bagai..akak sekadar nak kongsi pengalaman pi interview hampir 10 kali dalam hidup ni.. sekadar nak berkongsi cerita dan pengalaman sepanjang 7 tahun bekerja ni and nak salurkan tip2 dan petua2 utk para graduan IT tersayang.. Yang mana emel akak tu ribuan terima kasih akak ucapkan pasal sudi baca celoteh akak dalam emel tu ye..
"Kalo elok pemikiran kita maka eloklah kejadiannya...kalo busuk pemikiran kita maka busuklah hati itu..sekian pepatah yang tak berapa nak patah dari akak.. selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya..
p/s: Komen tu tak dapat view kalo baca blog melalui pc/desktop..tapi kalo view guna henpon nampak pulak..ades... ada bug ni..aduii..nanti2 la akak repair~
**update 27/06/2016
Disebabkan ada pengomen yang mengatakan akak ni 'show off' sebab copy paste kandungan emel panggilan interview tu kat blog akak ni..jadi sudilah kiranya akak buang la isi kandungan tu noo..bukan apa satgi orang tu sakit ati lagi susah..tak pasal2 pahala dia transfer free2 je kat akak di bulan yang penuh barokah ni..bulan2 posa ni ada jugak spesies dengki mcm ni.. Demi Allah akak takda niat pun nak riak ke show off bagai..akak sekadar nak kongsi pengalaman pi interview hampir 10 kali dalam hidup ni.. sekadar nak berkongsi cerita dan pengalaman sepanjang 7 tahun bekerja ni and nak salurkan tip2 dan petua2 utk para graduan IT tersayang.. Yang mana emel akak tu ribuan terima kasih akak ucapkan pasal sudi baca celoteh akak dalam emel tu ye..
"Kalo elok pemikiran kita maka eloklah kejadiannya...kalo busuk pemikiran kita maka busuklah hati itu..sekian pepatah yang tak berapa nak patah dari akak.. selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya..
p/s: Komen tu tak dapat view kalo baca blog melalui pc/desktop..tapi kalo view guna henpon nampak pulak..ades... ada bug ni..aduii..nanti2 la akak repair~
salam kak. saya pun interview jugak. tapi kat KL. hehehe. memandangkan akak da jadi PPTM, agak2 bila boleh dapat result ek? sebulan lepas semua orang tamat intervew? apapun semoga kita semua berjaya. aminnnnnn
ReplyDeletealahai loratnye nko nih. org len pun pi interview gaks xde ler nk show off dgn printscreen srt panggilan & statistik tuh sume. nih klu dilantik nih ntah per ler nko share kt internet nih yer. surat yg nko sign pun maybe nko amek gamba & post kt fb. nko jgn igt nko jer google psl panel interview tuh, derang pun dh google psl nko gak, klu jumpa post nih per derang nyer pandangan thadap nko?
ReplyDeletejgn over sgt.. lekkk.
ade juga spesis cmni..walaupun post lama..kita pun sakit ati baca..tertanya-tanya pla, bahagia ka hidup anda skarang?haha
DeleteThanks kongsi pengalaman kat sini. sy tggu hari last interview tu. xtau bdebarnya cmne. huhu..
ReplyDeletewelcome dear..
ReplyDeletebetmatik
ReplyDeletekralbet
betpark
tipobet
slot siteleri
kibris bahis siteleri
poker siteleri
bonus veren siteler
mobil ödeme bahis
37A2