Skip to main content

Sharing is Caring || Breast Pump Review - Medela Freestyle

Assalammualaikum gaisss!!!!! Lamanya akak tak sharing2 cerita kat sini.. Yelah sejak ber'anak' dua ni segala jenis objek aktiviti terbatas sangat2..Sapa-sapa yang pernah baca entry kat bawah ni mesti ingat akak pernah 'berhutang' (19 Mei 2014) nak review or story mory pasai double breast pump kan..hewhewhew.. ---> dah lebih setahun baru nak cerita, basi dah la dollllll heheh.. tp takpa akak nak ceritaaaaa jugakkkk~~

http://blossomlishashop.blogspot.my/2013/09/sharing-is-caring-breast-pump-review.html

akak mintak maaf sangat2 la pasai takdan nak taip cerita bagai naa pasai dalam dok kalut dengan kerja, berjauhan dengan sang suami, bisnes kecik2 ni and struggle pam susu utk anak yg sulung tu tetiba dalam tak sedar 'termengandung' pulakkk =p...

Lepaih dah termengandung tu...(anak sulung masa tu 1 tahun 6 bulan),  rezeki yang akak dok tunggu2 selama 3 tahun iaitu nak pindah dari Putrajaya ke Sungai Petani Kedah termakbul.. Alhamdulillah rezeki anak org kata.. Memang masin la mulut bos akak pasai dia pernah kata "hang kalo nak pindah balik utara dok dengan laki hang, hang kena mengandung lagi ni"..heheh.. Akak baru taw pregnant masa tu baby dalam perut dah 2 bulan. Patot la dalam masa 2 bulan tu hasil perahan susu makin drop.Akak ingatkan pasai anak dah kurang minum so susu pun makin drop la..huhuhu.. Bila dah taw pregnant, ramai la kakak2 senior2 opis tegoq takleh dah bagi anak minum susu time kita pregnant pasai bla...bla...bla... Tp akak ni jenis keras kepala sket..selagi tak jadi apa2 akak hadap ja.. Kalo sesetengah orang maybe bleh jadi komplikasi pasai bila kita menyusukan anak ni rahim kita akan mengecut..kalo jenis yang tak kuat boleh menyebabkan keguguran.. jadi better check dengan doktor dulu and pastikan takda  sejarah pernah gugur baru bleh ambik risiko mcm akak. Alhamdulillah rezeki akak tak jadi apa pasai akak dok mintak doa banyak2 nak sangat susukan anak sampai 2 tahun.. Tapi kan masa anak akak 1 tahun 10 bulan, dia sendiri yang stop tak mau minum dah menyusu badan.. akak pon pelik.. maybe rasa dah lain ataupun sebab perot mama dia makan besaq jadi dia rasa macam geli kot.. huhu.. Husband akak  risau2 dah takot anak dia tak cukup susu pasai lagi 2 bulan ja nak genap dua tahun.. so dia struggle paksa anak minum susu formula..adusss sedihnya rasa masa tu... mcm2 cara dia buat nak suruh anak minum susu formula tu dari yang murah sampai yang mahai dia beli cuba bagi tapi anak akak tetap takmau.. last2 dalam masa 2 bulan tu dia memang tak minum susu..just bagi makan makanan yang berkhasiat and buah2 saja.. Syukur alhamdulillah dia sihat... Lepaih 2 tahun, husband akak try lagi sua susu formula kat dia utk tambah kalsium dan tak sangka dia bolehhhh pulak layannnnnn!!!!!!!! Lepas 2 tahun baru dia bleh terima susu formula tu Allah memang makbulkan doa akak alhamdulillah...huhu.. Akak ni pejuang susu ibu so memang sedaya upaya nak menyusukan anak in shaa Allah sampai 2 tahun++.. Anak akak kan dah biasa dengan susu badan.. biasa minum dalam botol Pigeon/Avent yang pendek dan gemok tu dalam 3-4oz saja tak banyak pun. Since dia dah biasa dari baby minum susu badan banyak tu, bila minum susu formula dia tak minum banyak pun.. setakat 4 oz ja sekali minum, 2-3 kali saja sehari.

Sebenaqnya lepas anak kita 2 tahun, tak minum susu formula pun takpa dah asalkan dia dapat makanan yang berkhasiat, Kalsium sebagai tambahan kita boleh bagi susu fresh milk mcm tu  sehari dalam 1-2 kali saja sebagai pembina kalsium bukan sebagai pengganti susu ibu.. Pasal ni,  bila pregnant anak kedua baru akak  taw.. So lepas 2 tahun kalo anak taknak minum susu formula pon takpa naa.. Inn shaa Allah anak kedua ni akak akan cuba tak 'termengandung' lagi dan cuba nak susukan baby sampai ke titisan yang terakhir harap2 sampai lah 2 tahun. ( Sekarang baby 2nd baru 10 bulan)..dan cuba untuk tidak perkenalkan susu formula after 2 years.. just stick with real foods..

Aiiii...panjang nau mukadimah kali ni...nak cerita pasai double breast pump tapi ayat pembuka nalaaaaaaaa panjang...haha.. so soriiiii... akak ni bila dah start cerita memang payah nak berhentiiii...hehehe...

Ok berbalik kepada double breast pump...setelah kajian demi kajian, pendapat, review dan sebagainya akak telah memutuskan utk beli double breast pump jenama Medela Freestyle. Akak beli ni masa anak sulung dah 11 bulan. Bagi wanita berkerjaya, double breast pump sangat2 disyorkan untuk menjimatkan masa.. Sekali pam hanya mengambil masa 15-30minit untuk 1 sesi. hasil perahan bergantung pada badan individu mahupun emosi sang ibu pada hari tersebut..heheh(ayat mcm pakar dietetik pulaks)

gambaq Google..eloknya alahai depa susun.. akak beli pakej dapat sebijik mcm ni  depa tambah bagi free 4 bijik botoi Bumble Bee ngehngehngeh

Ni hakikat pic sebenaq heheh..guna henpon tak canggih gambaq pun buah manggeh je la kannnn hehe

Breastpump Review
Ni la 3 objek yang akak selalu hangkut every 5 days dok pi keja. Beg pam+cooler bag+botoi ayaq nala besaq 2L yang always habis bila pukul 5ptg..heheh.. Ketika pic ni di snap pada hari ini, beg serta breast pump tu dah berusia  2 tahun ++ dah..
haa...tudiiiaa bahagian dalam punya serabuk perott..hahah..segala mak nenek akak sumbat boh suma dalam tu senang hangkut 1 'handbag' saja..tak peduli dah org kata apa beg akak, akak punya suka la kan.,..hehe. kat bahagian bawah beg tu akak boh tapewe eskrim mcm kat bawah ni...

Haa..apa dia ni bawak mai eskrim pi keja pulakkk!! dak aihh... ni akak amek tapewe aiskrim ni ja buat simpan part2 corong2 pump tu mcm kat bawah ni...hehe.. bekas ni akak rasa paling celuih(muat) nak boh dia..ada gak tupperware2 yang ori tapi setakat ada kak umah akak takdak yg dok muat elok ngan ni.. =p



haa..kan dok elok2 tu...heheh...setiap pagi lepas pam akak akak boh balik corong2 part2 pam ni dalam bekas ni pastu simpan dalam peti ais bahagian bawah naa bukan yg freezer tu taw. Jimat masa takpayah cuci lagi pasai suhu dok dalam peti ais  ni menghalang  bakteria janji  bertutup.




Kenapa akak pilih Medela Freestyle (pros)
---------------------------------------------
1) Double pump baguih utk jimat masa
2) Ringan
3) Battery operated (chargeable) - akak charge seminggu sekali ja.. guna 2x sehari 5 hari bekerja.. hari cuti biasanya memang tak pam langsung melainkan kalo dah 'bengkek' sangat.
4) Parts tak banyak utk basuh membasuh steril mensteril --> yang ni memang akak paling like laa...
5) Bag yang bergaya mcm handbag haha.. Since aktiviti mengepam memang berlangsung hari-hari, so memang akak just guna beg pam ni ja mai keja, segala mak nenek tok randok suma dok dalam beg tu..hewheehew~

Haa yang tu review ikhlas dari akak... dalam review akak suka gak habaq pasai cons dia.. Ni cons dia naa..

1) Suction dia tak kuat sangat dan pendek2...bagi yang dah terbiasa dengan pam Spectra 3 mesti rasa kurang puas sket sebab Spectra 3 ni suction dia kuat, panjang dan rasa sedut habis susu tu.. Mcm Freestyle kalo nak kuat kena tekan sampai L7-L9 mcm tu la. Mcm akak dulu guna Autumnz Marvel Single Pump dah dah terbiasa sedut tak bagi kuat sangat so pakai Medela setakat level L3 ke L4 ok dah bg akak. =') Ni ikut kepada selera masing2 naaa...

2) Bunyi dia bukan dalam kategori slow naa.. kalo dok dekat workstation keja jiran terdekat boleh gak la dengaq sket bunyi pump tu.. tapi taklah sekuat pump Autumz Marvel Single Pump akak yang first edition tu.. Autumnz yg 2nd edition bunyi tak kuat dah haa..

nak taw akak beli kat mana? akak beli kat 'kedai online' dalam fB iaitu PumpOnTheGo. Akak order, buat pembayaran, esoknya sampai dekat opis...hehe..

https://www.facebook.com/PumpOnTheGo/?fref=ts

Penerangan dari kedai ni tiptop, penghantaran cepat dan boleh dipercayai.. kat website depa pon boleh pi beli dah mcm link bawah ni..

http://www.pumponthego.com/

Untuk orang Sungai Petani, kedai PumpOnTheGo baru ja dibuka dekat area Lagenda Height.. Tapi sayangnya buat masa sekarang pump Medela takdak lagi kat PumpOnTheGo Sungai Petani.. Maybe akan datang baru depa bawak masuk.. Kot2 la saja nak pi terjah tengok kedai dan cuba pelbagai jenis pam lain yang murah2, harga berpatutan boleh pi ikut alamat ni naa.. Landmark dia sederet (senerai orang Kedah kata) dengan Nasmir Nasi Kandar~

PumpOnTheGo Sungai Petani
No 183 (First Floor), Jalan Lagenda 1
Lagenda Heights
08000 Sungai Petani, Kedah
Tel : 04-4242 955
Operation Hour : Tue – Sun (10.00 am – 7.00 pm) / Monday OFF.
Email : potgsp@gmail.com
Facebook : PumpOnTheGo Sg Petani
Instagram : @pumponthego_sp

So setakat itu je la kot nak habaq mai pasai Medela Freestyle.. kot2 pasni akak ada teringat cerita lain ka pasai pump ni bila2 akak rajin akak taip naa... uuuiiii bukan senang dah la ni nak taip2 cerita mcm ni dik nonnn ooiii...bz ya hamattt =p

gambaq2 kat bawah ni hasil Google ja naa.. akak ni nak menaip pon malaih inikan pulak nak transfer gambaq dari henpon ke pc...aduiyai makan tahun makan dalam ni..hehehe..








Haa.. ni ada blog yang baguih dok cerita pasai pump Medela Freestyle lagi dan info2 breastfeeding..boleh pi terjah tengok depa noo pasai depa ni rajin taip dok kongsi ilmu dok cerita.. Mcm akak ni tak rajin nak taip cerita2 ni tapi kalo jumpa face to face akak suka kongsi2 ilmu secara lisan borak2 chitchat2 sembang ramboonggg gitu..hehe.. ok dear.. nanti rajin2 akak taip lagi naaa~


http://littlemamadiary.com/kisah-breastfeeding-review-pam-susu-medela-freestyle/

http://izzahazfar.blogspot.my/

Love ya,
MMuahhxx





Comments

  1. assalam kak.nak tanya,kes akak ni lebih kurang dgn saya sekarang.mengandung anak kedua time anak pertama setahun lebih dan masih menyusu.nak tanya,orang kata tak boleh pakai pam elektrik nak pam susu time pregnant ni sbb suction die kuat,boleh menyebabkan miscarriage. betul ke?pengalaman akak mcm mana?dilema saya dibuatnya~~

    ReplyDelete

Post a Comment

thanks

Popular posts from this blog

Temuduga Pegawai Teknologi Maklumat F41

Assalammualaikum and salam sejahtera uols.. Haish... lama benauu la tak update kan.. Bz..bz dengan kerja hakiki...bisnes part-time ni plak sejak pindah Kedah akak tak fokus sangat.. Dulu masa pjj ngan hubby and baru anak sorg ada la jugak masa nak berbisnes bagai.. Sekarang ni memang tak berapa nak pulun pasai bila balik rumah je sibuk nak uruskan rumahtangga and bebudak dua org tu.. Hokeh,,takmau cakap banyak cuma akak nak habaq kalo bebudak iT yang dah lama grad especially tahun 2010,2011 and so on  mesti tertunggu2 panggilan temuduga F41 khen khen khen.. Yelah mcm akak ni grad tahun 2011, interview F41 yang pertama kalinya dipanggil 2 tahun selepas itu iaitu 2013!..Lama giler nak tunggu sesuatu panggilan interview sekarang ni jika nak dibandingkan masa akak lepas sijil & diploma (tahun 2006-2009) bertalu2 surat panggilan interview sampai ke peti surat rumah.. Jadi sesiapa yang sekarang ni berjaya dipanggil temuduga as Pegawai Teknologi Maklumat (F41) sepatutnya kita semua b

Sharing is Caring || Breast Pump Review - Autumnz Marvel Single Electric Breast Pump

Salam.. selamat pagi.......... Hari ni I nak share something dgn pelanggan2 Blossom Lisha Shop mahupun yang bukan pelanggan.. yang search2 Google lalu terjumpa blog ni..ahaks.. Actually, I dah beli lama dah..kalo tak silap Ogos 2012.. Start pakai pam ni  lepas bersalin baby bulan Oktober 2012.. kiranya dah hampir 11 bulan la guna pam ni. So, I nak share experience I dengan sayang2 semua.. Masa nak beli pam, I try nak cari yang ringan, mudah nak handle, takmau bunyi kuat2, within budget dan yg tak bergantung electric supply all the time.. So, pada masa I tengah mencari2 tu, kalo bleh I nak Medela Swing..heeee... Kebetulan, Autumz baru je keluarkan produk baru beliau iaitu Autumnz Marvel Single Electric Breast Pump. Autumz pun keluarkan untuk double pump jugak iaitu Ultimate Convertible Double Electric/Manual Breast Pump. Masa beli tu I tak terpikir nak cari yang double pump coz I nak yang ringan and comel2 je. So bila hubby I tengok yang  Autumnz Marvel Single Electric Breast Pump pun