Sharing is Caring || Mom and Baby Expo!

Assalammualaikum dan salam mesra... wah...petang2 mcm ni tetiba I rasa nak story2 sket pasal expo baby ke baby fair ni...hoho... Dulu sebelum kawen and ada anak I tak alert langsung pasal expo/karnival barangan baby and kanak2 ni.. Bila dah mengandung and ada baby barulah suka hunting2 expo mcm ni.. nasib baik husband I pon jenis suka gak pi expo barangan baby ni..kalo expo memancing lagi dia sukooooooooo!!!!! haha.. redha je la..

Dalam banyak2 expo/karnival/baby fair yang I pi..seriusly I paling suka kalo MOM AND BABY EXPO event.. Sebabnya eventnya lebih teratur, tempat ruangan pameran expo barangan lebih luas, selalu buat di tempat2 yang ada ekon mcm kat Penang depa suka buat kat SPICE-dahulu dikenali sebagai PISA--?satu je tak suka kat sini parking sangat susah!..kena datang awai tu pun jenuh berebut.. kalo lambat memang silap2 hari bulan terus blah je..huhu.. Lepas tu pulak kalo barangan dia banyak booth2 yang jual barang2 baby best2.. Lepas tu company2 yang join ni banyak dari syarikat besar2 macam MEDELA, PUREEN, MAM, CryoCord, MAMYPOKO, ANMUM, ENFAGROW and macam2 lagi la...baju2 baby pon banyak...baju kanak2 dalam lingkungan 2-3 tahun pun banyak.. wah best sangat... Kalo pi expo2 baby selain dari MOM and BABY EXPO ni kebanyakannya kedai2 baby kecik2 ja..dahla barang tak banyak...tak best dan tak teruja sangat pun..

First time I pi MOM AND BABY EXPO masa tahun 2012 dekat PISA(now dikenali sebagai SPICE) dekat Penang..wah...memang excited sangat sebab masa tu baru je habis berpantang.. I dapat grab stroller sebijik jenama ESPRIT.. Alhamdulillah lebih murah dari harga kat kedai time tu.. lepas tu banyak juga la borong pampers jenama BABYLOVE--->>satu company dengan pampers PETPET. Pampers BABYLOVE ni bagus taw..even nama dia tak dikenali sangat and pembungkusan kurang menarik lagi2 ada tulisan siam so org judge mcm pampers murahan..padahal kalo tengok harga setanding MAMYPOKO.. yang penting BABYLOVE ni lebih tebal and berkualiti dari MAMYPOKO!..sayangnya expo kali ni yang I pi (5 - 7 Disember 2014) hari tu PETPET mahupun BABYLOVE takda..huhuhu...kalo dak I dah cadang2 nak borong banyak2 utk anak I yg 2 tahun tu dengan bakal baby yg nak keluar bulan Februari depan..huhu..

Second time I pi masa 5 - 7 Disember 2014 haritu kat SPICE a.k.a PISA gak.. fuh...rasa dah datang awai dalam kul 11pagi tapi parking still takda.. rupanya ada 2 event haritu kat SPICE..kat dewan bawah MOM AND BABY EXPO...kat dewan atas HALAL FOOD EXPO..patutla parking mcm hampas...huhu..terpaksa parking di bahu jalan.....bila masuk dewan org dah start ramai tapi masih dalam keadaan terkawal.. Yg I frust sangat I tak larat berdiri nak tunggu register utk dapatkan mug as a free gift from the organizer.. I ngidams sangat2 nak mug tu sampai husband I cakap ala..mug je pun.. I taknak dia beratur utk I pasal I suruh dia handle anak, I taklarat nak handle anak pasal budak tengah melasak and perut I da makin besaq so I cepat mengah..huhu..so terlepas la nak daftar and amik free gift tu..diorang pulak tak buat satu line khas utk pregnant women..kalo tak idak lah kami berdiri lama utk register tu kaaaaannnnnnnn.......huhuh.. masa hari kejadian I sempat grab TRUBELLAI SET BERSALIN dengan harga yang sangat murah dari pasaran luar dengan harga RM175 beserta banyakkk free gifts dr TRUBELLAI taw...bestt sangat..kalo dekat kedai luaq or online seller harga dalam RM350 utk satu set yg dapat beg comel tu..huhuh..lepas tu husband I nak Simple Dimple Papa Diaper  Bag yang paling besar sekali saiznya kami ambil.. dekat luar harga pasaran dalam RM89-RM100.. masa expo haritu I dapat RM79..I rasa ok la..ke ada tempat lagi murah?huhu...pastu I dapat grab baju2 baby dekat booth PUREEN dalam 5 helai, selimut baby, mitten booties and baby bonnet...dekat Pureen habis dalam RM130 kot...lepastu dapat free gifts banyak juga dari Pureen.. i like~.......Then kami ke booth BORNDA-->bumiputera punya kedai.. dapat beli barut baby zap-on 4 helai RM20..tungku herba baby RM10, storage bottles EVELOVE RM20 utk 6 bijik..hohoh..Lepas tu jenjalan jenjalan lagi sampai jumpa satu booth ni jual storage bag AUTUMNZ..i grab sebijik storage bag corak owl yg sangat cute, kaler pink pulak tu RM18.... Lepastuuuuuuu jenjalan lagi beli stocking Carters RM15 utk 3 pasang-->kain tebal and 5 helai cap bonnet Carter for newborn baby RM15 jugak..Lepas tu...heyyy berapa banyak lepas tu lepas tu lepas tu lah!!..heeee...Ok2..last sekali I dah tak larat jalan n nak pitams sebab org dah start ramai.. kul 1 pm kan ramai staff keluar break so penuh dengan depa je la.. lgpon kami nak cari masjid terdekat sebab husband I nak solat Jumaat..huhu..padahal rasanya banyak lagi tak sempat beli mcm bantal baby, buggy semua tu..stroller2 car seat baby pon mcm murah jugak dari harga kedai..uwwaa....tak sempat...takpalah next time la..

The bottom line is MOM AND BABY EXPO is the best and biggest baby expo in Malaysia.. percayalah tak rugi anda datang ke expo baby ni..lupakanlah expo baby yang lain which is yg amat membosankan itu.. Baby Expo or baby fair yang lain patut contohi penganjur MOM AND BABY EXPO ni sebab hampir 80% memenuhi kriteria permintaan mommies daddies kan... so harap2 baby expo selain Mom and Baby Expo ni dapat perbaiki event anda ye........

ni je yang I sempat grab...huhu

Yang pic2 kat bawah ni ehsan dari kawan I..dua hari berturut2 beliau pegi..mentang2 la keja dekat Penang ye...huhu..thanks Ziela~






Ni free gifts yang dia dapat....banyak tol....... tu nampak tak mug tu..i ngidams nak mug tu la..huhhu...



Untuk taw lebih lanjut mengenai MOM AND BABY EXPO ni bleh klik link di bawah.. nantikan update2 terkini and tarikh2 expo datang ke tempat anda!! Next year nak pegi lagi lah..hehe..

STICKY POST

ANNOUNCEMENT ~~, NO FUSSY AND BACKOUT BUYER PLEASE..


THIS IS A STICKY POST.. KINDLY SCROLL DOWN TO VIEW ALL PRODUCT =')


Salam.. hye dearie.. Sorry if I reply email or mesej inbox lambat sket coz kekangan masa.. Blog pon jarang2 update tp jangan risau bisnes still on.. Kalo nak tau update terkini bleh view through fb page ya..







TQ dear for supporting.. Semoga dimurahkan rezeki dan May Allah bless u..


Pesanan Penaja
------------------------
1. Mohon maaf sekiranya order atau pertanyaan anda tidak dibalas dengan pantas kerana admin mempunyai kerja hakiki yang lain, bisnes ini adalah bisnes part-time.(selalunya aktif menjawab pada waktu malam). Terima kasih pada yang sabar menanti.

2. Mohon sekiranya anda ingin membuat pesanan atau pertanyaan mulakan dengan memberi salam dahulu bagi yang beragama Islam atau "Hai" or greeting yang proper bagi bukan Islam.

3. Sekiranya anda hanya suka2 ingin bertanya tanpa membuat sebarang pembelian, tolonglah jangan buang masa anda dan admin kerana kami ada banyak urusan nak diuruskan. Tolong hormati masa orang lain.

4. Urusan pengeposan hanya akan dilakukan pada setiap hari SELASA dan KHAMIS sahaja kerana pejabat pos terletak agak jauh dari kami jadi amatlah dihargai sekiranya anda dapat bersabar.

5. Sebarang pembayaran hendaklah dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas membuat pesanan. Sekiranya memmpunyai masalah sila beritahu admin supaya admin dapat reserved barang2 yang hendak dibeli. Alasan untuk tidak membuat pembayaran mestilah konkrit bukan sekadar janji kosong. Sekiranya terus diam tanpa seribu bahasa anda dianggap 'backout buyer', maka selepas itu sebarang surat menyurat tidak akan dilayan. Tolong bertimbang rasa kepada pembeli yang lain sekiranya anda telah membuat pesanan tetapi tidak jadi untuk membeli tolong inform admin supaya barang anda dapat di release kepada pembeli lain. Jangan diam seribu bahasa, mohon sensitiviti dari pihak anda.

Sekian dari admin,

Jadilah manusia yang bertamadun =p
Peace~~,


LoT oF LoVes,

-Super Admin a.k.a Super Mommy-


U Follow I Follow~

Google+ Followers

Pages