Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

Sharing is Caring : Menjadi Surirumah dan Wanita Bekerjaya

Berakhirnya 'percutian' selama 7 hari 6 malam sebagai surirumah sepenuh masa. Sempena hari raya korban tempoh hari sengaja saya mengambil cuti 2 hari iaitu Rabu dan Khamis lalu menjadikan cuti saya genap 7 hari. Saya akui pada hari-hari permulaan cuti, saya masih tidak dapat menghilangkan stress dan kepenatan melalui rutin seharian, coding errors yang bersarang di dalam kepala juga baru-baru ini  dikejutkan dengan kemelut perjawatan yang tidak pasti bilakah akan berakhir. Kemarahan yang tidak dapat dibendung itu tanpa disedari saya telah melepaskan kepada anak-anak seperti ibu tiri lagaknya. Tidak kira salah besar atau kecil,lantas mereka dimarahi terus-menerus. Bila diingatkan semula, saya rasa menyesal. Tambahan ketika melihat mereka sedang tidur,terasa berdosanya saya kerana anak-anak menjadi mangsa nafsu amarah saya. Keluarga mahupun kawan-kawan terdekat sudah sedia maklum betapa buruknya saya apabila marah. Ya,saya boleh bertukar menjadi 'hijau' atau kadang-kadang